Thursday, April 29, 2010

Komunikasi.

ISYARAT WISEL

Petunjuk :
. bermaksud isyarat cepat
_ bermaksud buat isyarat dengan perlahan dan panjang

Beberapa kes isyarat wisel:
_______

diam, sedia, ada isyarat hendak disampaikan.
. . . . . .

semua ahli berkumpul
_ _ _ _ _

semua bersurai, atau bergerak jauh lagi
. _ . _ . _

terdapat kebahayaan, semua ahli berhati-hati

ISYARAT SUAR, ASAP (FLARES)
Asap yang dibebaskan biasanya mempunyai makna. Maknanya disampaikan mengikut warna. Biasanya,

Merah : meminta pertolongan
Putih : roger, iaitu maklumat diterima dan difahami
Hijau : pulang ke tapak perkhemahan
Kuning : lokasi tapak perkhemahan

ISYARAT ANTARABANGSA
Isyarat ini biasanya adalah isyarat yang diberikan ke udara dari darat. Akan tetapi, pengunaannya juga boleh dipraktikkan dalam darat ke darat jika sedikit kreativiti ditambahkan.

|

Perlukan doktor, cedera parah
N
Tidak
||

Perlukan bekalan perubatan
Y
Ya
X

Tidak dapat teruskan
_| |_
Tidak difahami
F

Perlukan makanan dan air
LLL
Operasi selesai
[ ]
(square)
Perlukan kompas dan peta
LL
````
(double L with line below)
Semua anggota dijumpai
-->
(arrow)
Sedang menuju ke arah ini
-|-|-
Beberapa anggota sahaja dijumpai
A
(triangle)
Selamat mendarat
/|\
__/_ (one line with two
arrows spliting out)
\
\|/
Kami berpecah dua, menuju ke
arah anak panah
LL

Semuanya baik
NN
Tidak jumpa apa-apa, akan terus cari

Ikhtiar Hidup.

Takrifan Ikhtiar Hidup:
"USAHA UNTUK TERUS HIDUP DALAM SUATU KEADAAN GENTING"

Peralatan paling asas dalam keadaan ikhtiar hidup
  1. Pisau/parang - tujuan memotong, mempertahankan diri, am.
  2. Mata pancing - menangkap ikan, sumber makanan(protein)
  3. Tali pancing - menangkap ikan dan kerja mengikat
  4. Mancis/pemetik api - masak, haba, cahaya
  5. Garam - gantikan mineral badan yang hilang
Konsep mencari makanan dengan tujuan pemakanan (taste test)
  • CIUM @ HIDU
    Potong sampel yg diuji. Renyuk hingga hancur. Cium bau menerusi deria bau, otak membuat penilaian/tindak balas yg berbau busuk atau tengik mungkin beracun/berbahaya dan memabukkan.
  • GATAL KULIT
    Kalau tiada bau tengik, sapukan sampel tadi pada kulit yang lembut seperti lengan/perut. Gosok selama 15 minit. Sekiranya gatal atau miang, tumbuhan itu mungkin beracun.
  • BIBIR, LIDAH, MULUT
    Seterusnya lakulan ujian dengan deria rasa bibir, lidah & mulut. Tumbuhan tadi yg dilenyakkan diletak terus pada bibir sahaja. Sekiranya tiada kesan tidak senang, barulah dikunyah lalu dikemam 10 minit. Jika terasa loya, panas, gatal, luahkan sampel itu.
  • MENELAN (LALU MEMAKAN SELEPAS 3 JAM)
    Sekiranya ujian-ujian tadi tidak menunjukkan tanda bahaya, telanlah dalam kuantiti sedikit, dan tunggu 3 jam sebagai reaksi sistem pencernaan anda. Jikalau selepas 3 jam anda berasa pening kepala, sakit perut, muntah-muntah, demam dan cirit-birit, maka, sampel tadi tidak harus dimakan. Jika tiada kesan negatif, makanan itu selamat dimakan selepas direbus.
Biasanya, dalam keadaan ikhtiar hidup, seseorang akan berasa takut, antara ketakutan yang timbul ialah:
- Bimbang/takut akan perkara yang akan berlaku seterusnya
- Takut kepada ancaman hidupan liar
- Takut kepada ketiadaan sumber makan dan minum
- Takut kepada persekitaran itu sendiri
- Takut kepada benda yang aneh, tidak pernah lihat atau ditemui(makhluk halus, jin, hantu dll)

Untuk mengatasi ketakutan, seseorang bolehlah:
- Berdoa kepada Tuhan
- Bertekad untuk terus hidup, kemandirian

Dalam keadaan IH, seseorang akan memerlukan banyak keperluan untuk terus hidup. Antaranya:
- Air
- Rehat
- Perlindungan
- Makanan
- Kecergasan
- Psikologi, mental
- Penjagaan dan rawatan

Sentiasanya, dalam keadaan IH, seseorang itu akan kekurangan bekalan air, antara cara yang bagus untuk mengelakkan kehilangan air ialah:
- Banyak berehat
- Bekerja hanya pada waktu malam
- Kekalkan kesejukan badan dengan berehat di bawah teduhan
- Bernafas melalui hidung
- Jangan merokok
- Jangan berbaring di atas tanah yang panas
- Makan dalam kuantiti yang minimum
- Elakkan makanan berlemak/alkohol

Pengetahuan Perkhemahan.

Apakah asas dan motif suatu perkhemahan diadakan?
  • Membina semangat perpaduan di kalangan ahli
  • Memberikan latihan dan pendedahan kepada ahli
  • Memberikan ahli suatu peluang untuk menghayati suasana alam semulajadi jikalau perkhemahan itu diadakan di tepi pantai atau dalam hutan.
  • Memberikan ahli satu peluang untuk naik pangkat jikalau perkhemahan itu merupakan kem perntauliahan.


Apakah komponen-komponen yang terdapat dalam satu khemah?

Walaupun khemah rangka A atau jenis igloo, satu khemah biasanya mempunyai:
  • Tiang rangka
  • Pancang
  • Flysheet
  • Khemah
  • Beg khemah
  • Tali


Apakah syarat-syarat yang penting apabila ingin mendirikan satu tapak perkhemahan?

Antara syarat-syarat penting adalah:

  • Bentuk muka bumi dan salirannya
  • Jenis tanah
  • Iklim semulajadi
  • Jenis tumbuhan(tumbuhan yang reput)
  • Kemudahan asas (sungai, tandas, dll)
  • Keselamatan (serangan haiwan, anai-anai dll)

Bantu Mula.

Definisi:

Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.


Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
  1. Menyelamatakan nyawa
  2. Mengurangkan kesakitan
  3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
  4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital

Peraturan Am Pertolongan cemas:
  1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
  2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
  3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
  4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.

Tindakan serta merta pertolongan cemas:
  1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
  2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
  3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
  4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .

Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
  • Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
  • Bertindak berdasar DR. ABC + R [Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation, Recovery Position] iaitu:
  1. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
  2. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]
  3. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
  4. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
  5. Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation]
  6. Melakukan posisi pemulihan kepada mangsa - tangan kanan mangsa 90 darjah melapikkan kepala, badan ke meniarap, kaki bersilang [R]

Pemantauan KRS.

1. Tugas pemantauan terhadap pelaksanaan / laporan aktiviti hendaklah dilakukan oleh :

– Pengarah Pelajaran Negeri
– Pegawai-Pegawai JPN
– Jurulatih KRS Negeri
– Pegawai Pelajaran Daerah
– Pengetua/ Guru Besar

2. Pemantauan merangkumi perkara-perkara berikut :

- Laporan Aktiviti
- Laporan Kewangan

Bidang Aktiviti Bersepadu KRS.

1. Disiplin dan Kerohanian
2. Ketahanan diri dan Kebudayaan
3. Alam Sekitar
4. Keusahawanan
5. Khidmat Masyarakat

Rasional KRS.

1. Memberi peluang seluas-luasnya kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam Pasukan Pakaian Seragam.

2. Adalah diharapkan Kadet Remaja Sekolah / Tunas KRS dapat membantu mengatasi masalah salahlaku di kalangan murid-murid sekolah seperti penyalahgunaan najis dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana.

3. Memenuhi inspirasi dan permintaan masyarakat masa kini yang memerlukan satu usaha pembinaan generasi baru secara komprehensif dan cemerlang dengan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

4. Aktiviti KRS diharap dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tujuan KRS ditubuhkan ialah:

1. Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

2. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020.

3. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana.

4. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

5. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia.

6. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

7. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

Format Buku Log.

Cover:

Logo kadet
Nama kadet
Nama Sekolah
Nama
Tahun
Kelas
Kandungan


1.Biodata diri - gambar, nama, kelas, tarikh lahir, pangkat/jawatan, unit beruniform, alamat, no tel ibu bapa, kumpulan darah.
2.Misi dan Visi sekolah
3.Struktur Organisasi sekolah
4.Matlamat KRS
5.Objektif KRS
6.Logo
7.Keterangan logo
8.Bendera KRS
9.Keterangan bendera
10.Lagu KRS
11.Moto/Cogan kata
12.Ikrar KRS
13.Organisasi Jabatan(guru)
14.Organisasi KRS
15.Jadual latihan
16.Catatan kehadiran peribadi
17.Perjumpaan


Perjumpaan ke berapa -
Tarikh -
Hari -
Masa -
Tempat -
Bilangan kadet -
Jurulatih -
Kemahiran -
Aktiviti -
Nota/Catatan

Surat Pekeliling KRS.

KP(BS) 8591/Jil. IV (4)

19 JULAI 1995

Semua Pengarah Pendidikan Negeri,

Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995

PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 Pelajar adalah aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting bagi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar serta meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi muda yang semakin mencabar bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan pelajar yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelak (JERI)

1.2 menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah (KRS) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di sekolah. Kewujudan KRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukanakan

2.0 RASIONAL

Menyedari hakikat bahawa minat serta kecenderungan pelajar kepada pasukan pakaian seragam di sekolah amat ketara sedangkan peluang untuk menyertai amat terhad, wajarlah KRS ditubuhkan bagi tujuan memenuhi minat serta untuk mengatasi masalah salah laku di kalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana. Oleh itu aktiviti KRS diharapkan dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar cemerlang yang berminat, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.

4.2 Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

4.3 Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

4.4 Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

4.5 Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

5.0 STRUKTUR ORGANISASI

5.1 Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah adalah seperti berikut:

a. Penaung

b. Penasihat

c. Pengerusi

d. Timbalan Pengerusi

e. Naib Pengerusi

f. Setiausaha Kehormat

g. Penolong Setiausaha Kehormat

h. Bendahari Kehormat

i. AJK yang dilantik

5.2 Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat:

a. Peringkat Kebangsaan

b. Peringkat Negeri

c. Peringkat Daerah

d. Peringkat Sekolah

Maklumat lengkap struktur organisasi boleh didapati dalam Perlembagaan KRS

6.0 KEAHLIAN

6.1 Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

6.2 Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara 6.1.

6.3 KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan.

6.4 Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas.

7.0 KURIKULUM

7.1 Teras

a. Pendidikan Ketatanegaraan/Patriotisma

b. Latihan Fizikal

c. Pendidikan Kerohanian

7.2 Umum

a. Aktiviti di Air

b. Aktiviti di Darat

c. Aktiviti Pengembaraan

d. Latihan Mental

e. Latihan Kewarganegaraan

f. Aktiviti Ketahanan Diri

g. Aktiviti Pendidikan Luar

h. Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar

i. Aktiviti Kemahiran Hidup (Keusahawanan)

j. Aktiviti Khidmat (Khidmat Masyarakat)

8.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

8.1 Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS peringkat Kebangsaan Negeri dan Daerah ialah seminar dan bengkel konsep dan operasi KRS.

8.2 Kursus Pemimpin di peringkat sekolah menumpukan kepada aspek-aspek pelaksanaan aktiviti KRS.

9.0 YURAN KEAHLIAN

Yuran keahlian dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap ahli.

10.0 PAKAIAN SERAGAM (UNIFORM)

Maklumat terperinci mengenai pakaian Seragam (Uniform) boleh didapati dalam buku Perlembagaan KRS

11.0 KESELAMATAN DIRI

12.0 PENGECUALIAN

Pelajar-pelajar dalam keadaan seperti berikut boleh dikecualikan daripada menyertai KRS

12.1 Kes-kes Perubatan, Pelajar-pelajar yang telah disahkan oleh doktor mengidap sakit jantung, lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan jika mengambil bahagian dalam aktiviti KRS.

12.2 Kecacatan, Pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan angota tubuh yang boleh membahayakan diri mereka jika mengambil bahagian dalam aktiviti KRS. Tetapi sekiranya kecacatan mereka menjadi penghalang, pelajar-pelajar tersebut hendaklah digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai bagi mereka.

12.3 Kelas Agama, Untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas agama di waktu pagi/petang, satu penyesuaian terhadap aktiviti KRS hendaklah diadakan. Untuk tujuan ini, Pengetua hendaklah berunding dengan pihak sekolah/Jabatan berkenaan.

13.0 PEMANTAUAN

13.1 Tugas pemantauan hendaklah dilakukan oleh:

a. Pengarah Pendidikan Negeri

b. Pegawai Pendidikan Daerah

c. Pengetua

d. Ketua Penolong Pengarah dan Penyelia Kokurikulum JPN

e. Penyelia Pejabat Pendidikan Daerah

13.2 Pemantauan merangkumi perkara-perkara berikut:

a. Laporan aktiviti

b. Laporan kewangan

14.0 Sila maklumkan kandungan Pekeliling ini bersama-sama dengan lampirannya kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di negeri Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NORDIN)

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Ikrar KRS.

"Kami anggota Kadet Remaja Sekolah mengikrarkan akan mengabdikan diri dalam seluruh kehidupan kami kepada Allah dan memperjuangkan Deenul Islam dan berjanji akan menepati undang-undang Kadet Remaja Sekolah"

Moto / Cogan Kata.

‘Ilmu Iman Amal’

Ilmu: Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS
Iman: Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
Amal: Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri

Objektif KRS.

1.Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.

2.Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Negara demi menjayakan Wawasan 2020.

3.Menangani masalah salah laku di kalangan para remaja seperti salah guna dadah, melepak dan juvana.

4.Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan para pelajar memperoleh pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

5.Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan negara.

6.Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

7.Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya

Matlamat KRS.

Melahirkan pelajar cemerlang yang beriman, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat wawasan Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020

Tuesday, April 27, 2010

Pertolongan Cemas.

BANTUAN KECEMASAN
- Bantuan kecemasan ialah bantuan awal atau pertolongan serta-merta yng diberikan kepada orang yang sakit atau orang yang cedera (dipanggil pesakit) sebelum ketibaan ambulans atau pakar kelayakan.

OBJEKTIF
- Untuk menyelamatkan nyawa.
- Jika tidak sedarkan diri (pengsan) pastikan bahawa saluran udaranya tidak terganggu.
- Pastikan bahawa pesakit bernafas.
- Hentikan pendarahan.
- Bantuan kecemasan kepada lain-lain kecederaan mengikut keutamaan.


UNTUK MENGELAKKAN KECEDERAAN MENJADI BERTAMBAH TERUK
- Alihkan pesakit sekiranya keadaan membahayakan, elakkan sebarang kecederaan daripada berlanjutan.
- Berikan lindungan daripada kesejukkan, berikan kehangatan sekiranya pesakit dalam kesejukan (basah atau lembap).

MENDAPAT BANTUAN KECEMASAN
- Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar segera yang boleh.
- Pastikan anda sentiasa di sisi pesakit sehingga bantuan sampai.

LUKA-LUKA DAN PENDARAHAN
- Luka-luka terjadi disebabkan pecahnya di bahagian dalam kulit selepas sesuatu kecederaan. Luka terbahagi kepada dua iaitu:

1. LUKA TERBUKA
- Pengaliran darah daripada luka melalui kulit.
a) Luka Terhiris
- Darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah telah terpotong dan amat sukar untuk bercantum semula.

b) Luka Terkoyak
- Aliran darah kurang kerana saluran pembuluh darah terkoyak dan akan lebih cepat bercantum. Darah beku akan kelihatan mengenangi pinggir-pinggir luka yang tercarik dan senang tercemar.

c) Luka Tusukan
- Luka dalaman yang serius. Senang terdedah kepada jangkitan kerana kuman yang terbawa bersama kedalaman luka itu.

d) Calar Balar
- Kelihatan biru kehitaman kerana darah terkumpul di bawah kulit. Hanya saluran bawah kulit telah pecah disebabkan terjatuh, tergelincir, hentakan atau berlaga. Kehitaman mata/lebam juga termasuk calar balar.

2. LUKA TERTUTUP
- Pendarahan hanya berlaku di dalam tubuh dan boleh menyebabkan kesakitan dan renjatan. Kadang-kala darah mungkin keluar melalui hidung, mulut, telinga, najis, air kencing atau pun muntah. Kadang-kala kelihatan lebam dan ada kalanya tanda luaran langsung tidak kelihatan.



MENGHENTIKAN PENDARAHAN
- Jika darah hilang terlalu banyak (tumpahan darah) dari tubuh, pesakit mungkin akan mati. Pembebatan digunakan untuk menutup luka bagi menghentikan pendarahan dan menggelakkan luka daripada tercemar.


· Jika pecah salur nadi, darah akan keluar memancut. Jika pecah pembuluh, darah akan keluar meleleh.

APA YANG HARUS DILAKUKAN
- Basuh tangan anda sebelum dan selepas memberikan bantuan. Jika ada, gunakan sarung tangan. Selesakan dan yakinkan pesakit.
- Bersihkan luka daripada kekotoran.
- Hentikan pengaliran darah dengan menekan kemas atas luka. Letakkan kain bebat sucihama (sterile dressing) yang tebal dan tekan kemas-kemas selama 10 minit. Seboleh-bolehnya terlentangkan pesakit. Jangan guna pelapik basah di atas luka yang terbuka.
- Tinggikan bahagian yang cedera. Jika darah masih mengalir meresapi pada pembebatan pertama, tambahkan selapis lagi kain bebat tanpa mengalihkan kain bebat yang pertama tadi.
- Luka tusukan perlu menggunakan pelapik cincin. Jangan buang benda asing pada luka.
- Elakkan jari terkena bahagian pelapik bagi menjauhkan daripada dihinggapi kuman.

LIPATAN ANDUH

1.Anduh Leher dan Pergelangan Tangan (Collar and Cuff Sling)

2· Anduh Besar

3· Anduh Tiga Segi (Elevation Sling)

4· Balutan siku atau bahu (Knee or Elbow Bandage)




BANTU MULA CPR
CPR - Cardio Pulmonary Resuscitation

DEFINISI
- Satu tindakan bantuan awal bagi memulihkan mangsa yng terhenti pernafasan dengan menggunakan teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar) dan bantuan hembusan pernafasan.

SEJARAH CPR
- Bermula di Baltimore, Amerika pada tahun 1960.
- Teknik mulut ke mulut ditemui oleh Dr. James Elam dan Peter Safar.
- Teknik cardiac compression (tekanan dada) ditemui oleh Dr. Kounwenhowen
- Kedua-dua teknik digabungkan dan dilaksanakan secara menyeluruh pada 1973.
- Mula diperkenalkan dan dilaksanakan di Malaysia pada 1986.
- Pindaan Garis Panduan oleh CPR (American Heart Association) dari CPR 2000 ke Garis Panduan CPR 2005.

PROTOKOL CPR
D – Danger (Bahaya)
R – Response (Tindakbalas)
A – Airways (Saluran pernafasan)
B – Breathing (Pernafasan)
C – Circulation (Peredaran darah)

DANGER
- Periksa kawasan persekitaran sama ada selamat dan anda boleh menyelamat, gunakan peralatan keselamatan diri dan pastikan tiada sebarang bahaya yang boleh mencederakan diri anda ataupun mangsa. Alihkan mangsa ke tempat rata dan keras.

RESPONSE
- Tepuk bahu mangsa untuk mengenal pasti tahap kesedaran mangsa, panggil nama (jika tahu) atau “Encik …encik kenapa ni ?”. Jika tiada reaksi aktifkan “EMS” untuk mangsa.

AIRWAYS
- Guna kaedah “ HEAD TILT CHIN LEFT “. Angkat dagu donggakkan kepala bagi membuka saluran pernafasan.
- Gunakan kaedah “ JAW TRUST “. Bagi mangsa kemalangan yang teruk.
L : Look (melihat) Pergerakan turun naik dada
L : Listen (mendengar) Dengusan mangsa
F : Feel (merasa) Merasa hembusan dari mulut

BREATHING
- Jika mangsa tak bernafas, berikan 2 hembusan pernafasan dari mulut ke mulut. Jika dada tak naik posisikan semula kepala mangsa.
- Pastikan hidung dipicit semasa membuat hembusan dan lepaskan picitan ketika selang hembusan.
- Periksa nadi mangsa dengan meletakkan 2 jari pada nadi karotid selama 5 saat.

CIRCULATION
- Jika tiada nadi mulakan tekanan di atas dada dengan menggunakan kedua-dua tangan. Kekuatan tekanan adalah melalui bahu.

RECOVERY POSITION
- Jika mangsa tersedar atau menunjukkan tanda-tanda pernafasan telah pulih, alihkan mangsa pada posisi pemulihan.

BANTUAN PERNAFASAN (BAYI)
- 20 kali dalam seminit.
- 1 hembusan setiap 3 saat.

KADAR TEKANAN DADA (BAYI)
- 30 tekanan 2 hembusan.
- 5 pusingan 1 kitaran.
- 150 tekanan 10 hembusan.
- 1/3 inci hingga ½ inci kedalaman tekanan
- Kaedah 2 jari.

Ikatan dan Simpulan.

SIMPULAN BUKU SILA
Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.

____________________________________________
TINDIH KASIH
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut.Ia juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.

Sebenarnya,terdapat pelbagai jenis tindih kasih yang terdapat dalam silibus ikatan 7 simpulan tali, tetapi adalah di antaranya yang paling asas, dan biasa dipelajari dalam krs.

___________________________________________________________
SIMPULAN BUNGA KETI
Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam flag break.


__________________________________________________
SIMPULAN PENGAIL
Untuk sambung dua utas tali yang halus, licin, dan sama besar seperti tali pancing.Ia digunakan oleh nelayan untuk mengikat tali pukat dan jala.


______________________________________________________________
IKATAN MANUK
Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.Ia berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan.Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gejet(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan diatas tadi).

__________________________________________________
IKATAN BALAK
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya mudah ditarik.Permulaan kepada ikatan serong.(ikatan balak juga boleh digunakan dalam ikatan untuk membuat gejet selain ikatan manuk)


__________________________________________________
SIMPULAN ANGKA NOMBOR LAPAN
Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8 ini juga merupakan salah satu daripada stopper knots.
__________________________________________________
SIMPULAN RAMA-RAMA
Simpulan ini dianggap sebagai suatu simpulan yang paling aman, kuat, dan mudah terikat. Simpul ini mudah terikat di tebgah sebuah tali apabila anda tidak memiliki tambatan akhir.Jika ikatkan simpulan rama-rama ini di hujung tali, ikatkan sebuah stopper knot bebas() contohnya simpulan angka no.8) ke hujung tali untuk keamanan.
_________________________________________________
SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal

__________________________________________________
SIMPUL ABAH-ABAH
Untuk membuat tanjul ditengah-tengah tali. Tanjul itu dimasukkan keliling dada dangan tujuan untuk menarik sesuatu barang


__________________________________________________
SIMPUL KERUSI
Fungsinya adalah untuk menurunkan orang dari bangunan yang tinggi atau juram dengan memasukkan tanjul yang kecil keliling dada dan tanjul yang besar keliling kaki atau pelipatan lutut.
__________________________________________________
SIMPULAN PENCURI
Digunakan untuk aktiviti mendaki@ turun bukit.


__________________________________________________
SIMPUL PULIH
Digunakan untuk memendekkan tali tanpa memotongnya serta untuk menguatkan tali pada bahagian yang reput,hendak putus atau rosak.
__________________________________________________
IKATAN SERAYA
Digunakan untuk mengikat kayu,buluh atau tiang bagi membuat jambatan,gejet,menara,tiang,bendera dan lain-lain.Langkah pertama dimulakan dengan simpul manuk(cuba lihat gambar no.1).kemudian lilit dengan kemas dan ketat ,akhir sekali dimatikan dengan simpul manuk juga.

__________________________________________________
IKATAN SERONG/SILANG
untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu bersilang.

__________________________________________________
IKATAN SILANG GUNTING
Untuk menguatkan batang kayu yang lemah dan untuk menyambung dua batang kayu/buluh untuk membuat kaki yang bersilang.

_________________________________________________
SILANG TUNGKU
Ikatan ini adalah digunakan untuk membuat jambatan,menara,gejet,dan menyambung kayu dengan mengikat tiga batang kayu/buluh yang sama besar.
--------------------------------------------------------------------
Ikatan dan simpulan dapat dibahagikan kepada beberapa penggunaannya seperti:
1.Mendaki
2.Kehidupan seharian
3.Memancing
4.Seni
5.Pengakap
6.Mencari dan Menyelamat
7.Bidang Perkapalan dan sebagainya..