Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
- Menyelamatakan nyawa
- Mengurangkan kesakitan
- Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
- Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
- Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
- Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
- Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
- Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
- Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
- Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
- Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
- Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .
Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
- Bertindak dengan cepat dan tenang. Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
- Bertindak berdasar DR. ABC + R [Danger, Response, Airways, Breathing, Circulation, Recovery Position] iaitu:
- Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
- Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]
- Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
- Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
- Pastikan nadi mangsa berfungsi - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation]
- Melakukan posisi pemulihan kepada mangsa - tangan kanan mangsa 90 darjah melapikkan kepala, badan ke meniarap, kaki bersilang [R]
1 comment:
copy paste dari website mane nie??.. leh bagi aq..
Post a Comment