Tuesday, April 27, 2010

Pertolongan Cemas.

BANTUAN KECEMASAN
- Bantuan kecemasan ialah bantuan awal atau pertolongan serta-merta yng diberikan kepada orang yang sakit atau orang yang cedera (dipanggil pesakit) sebelum ketibaan ambulans atau pakar kelayakan.

OBJEKTIF
- Untuk menyelamatkan nyawa.
- Jika tidak sedarkan diri (pengsan) pastikan bahawa saluran udaranya tidak terganggu.
- Pastikan bahawa pesakit bernafas.
- Hentikan pendarahan.
- Bantuan kecemasan kepada lain-lain kecederaan mengikut keutamaan.


UNTUK MENGELAKKAN KECEDERAAN MENJADI BERTAMBAH TERUK
- Alihkan pesakit sekiranya keadaan membahayakan, elakkan sebarang kecederaan daripada berlanjutan.
- Berikan lindungan daripada kesejukkan, berikan kehangatan sekiranya pesakit dalam kesejukan (basah atau lembap).

MENDAPAT BANTUAN KECEMASAN
- Dapatkan bantuan seseorang untuk memanggil ambulans dengan kadar segera yang boleh.
- Pastikan anda sentiasa di sisi pesakit sehingga bantuan sampai.

LUKA-LUKA DAN PENDARAHAN
- Luka-luka terjadi disebabkan pecahnya di bahagian dalam kulit selepas sesuatu kecederaan. Luka terbahagi kepada dua iaitu:

1. LUKA TERBUKA
- Pengaliran darah daripada luka melalui kulit.
a) Luka Terhiris
- Darah keluar terlalu banyak kerana saluran pembuluh darah telah terpotong dan amat sukar untuk bercantum semula.

b) Luka Terkoyak
- Aliran darah kurang kerana saluran pembuluh darah terkoyak dan akan lebih cepat bercantum. Darah beku akan kelihatan mengenangi pinggir-pinggir luka yang tercarik dan senang tercemar.

c) Luka Tusukan
- Luka dalaman yang serius. Senang terdedah kepada jangkitan kerana kuman yang terbawa bersama kedalaman luka itu.

d) Calar Balar
- Kelihatan biru kehitaman kerana darah terkumpul di bawah kulit. Hanya saluran bawah kulit telah pecah disebabkan terjatuh, tergelincir, hentakan atau berlaga. Kehitaman mata/lebam juga termasuk calar balar.

2. LUKA TERTUTUP
- Pendarahan hanya berlaku di dalam tubuh dan boleh menyebabkan kesakitan dan renjatan. Kadang-kala darah mungkin keluar melalui hidung, mulut, telinga, najis, air kencing atau pun muntah. Kadang-kala kelihatan lebam dan ada kalanya tanda luaran langsung tidak kelihatan.



MENGHENTIKAN PENDARAHAN
- Jika darah hilang terlalu banyak (tumpahan darah) dari tubuh, pesakit mungkin akan mati. Pembebatan digunakan untuk menutup luka bagi menghentikan pendarahan dan menggelakkan luka daripada tercemar.


· Jika pecah salur nadi, darah akan keluar memancut. Jika pecah pembuluh, darah akan keluar meleleh.

APA YANG HARUS DILAKUKAN
- Basuh tangan anda sebelum dan selepas memberikan bantuan. Jika ada, gunakan sarung tangan. Selesakan dan yakinkan pesakit.
- Bersihkan luka daripada kekotoran.
- Hentikan pengaliran darah dengan menekan kemas atas luka. Letakkan kain bebat sucihama (sterile dressing) yang tebal dan tekan kemas-kemas selama 10 minit. Seboleh-bolehnya terlentangkan pesakit. Jangan guna pelapik basah di atas luka yang terbuka.
- Tinggikan bahagian yang cedera. Jika darah masih mengalir meresapi pada pembebatan pertama, tambahkan selapis lagi kain bebat tanpa mengalihkan kain bebat yang pertama tadi.
- Luka tusukan perlu menggunakan pelapik cincin. Jangan buang benda asing pada luka.
- Elakkan jari terkena bahagian pelapik bagi menjauhkan daripada dihinggapi kuman.

LIPATAN ANDUH

1.Anduh Leher dan Pergelangan Tangan (Collar and Cuff Sling)

2· Anduh Besar

3· Anduh Tiga Segi (Elevation Sling)

4· Balutan siku atau bahu (Knee or Elbow Bandage)




BANTU MULA CPR
CPR - Cardio Pulmonary Resuscitation

DEFINISI
- Satu tindakan bantuan awal bagi memulihkan mangsa yng terhenti pernafasan dengan menggunakan teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar) dan bantuan hembusan pernafasan.

SEJARAH CPR
- Bermula di Baltimore, Amerika pada tahun 1960.
- Teknik mulut ke mulut ditemui oleh Dr. James Elam dan Peter Safar.
- Teknik cardiac compression (tekanan dada) ditemui oleh Dr. Kounwenhowen
- Kedua-dua teknik digabungkan dan dilaksanakan secara menyeluruh pada 1973.
- Mula diperkenalkan dan dilaksanakan di Malaysia pada 1986.
- Pindaan Garis Panduan oleh CPR (American Heart Association) dari CPR 2000 ke Garis Panduan CPR 2005.

PROTOKOL CPR
D – Danger (Bahaya)
R – Response (Tindakbalas)
A – Airways (Saluran pernafasan)
B – Breathing (Pernafasan)
C – Circulation (Peredaran darah)

DANGER
- Periksa kawasan persekitaran sama ada selamat dan anda boleh menyelamat, gunakan peralatan keselamatan diri dan pastikan tiada sebarang bahaya yang boleh mencederakan diri anda ataupun mangsa. Alihkan mangsa ke tempat rata dan keras.

RESPONSE
- Tepuk bahu mangsa untuk mengenal pasti tahap kesedaran mangsa, panggil nama (jika tahu) atau “Encik …encik kenapa ni ?”. Jika tiada reaksi aktifkan “EMS” untuk mangsa.

AIRWAYS
- Guna kaedah “ HEAD TILT CHIN LEFT “. Angkat dagu donggakkan kepala bagi membuka saluran pernafasan.
- Gunakan kaedah “ JAW TRUST “. Bagi mangsa kemalangan yang teruk.
L : Look (melihat) Pergerakan turun naik dada
L : Listen (mendengar) Dengusan mangsa
F : Feel (merasa) Merasa hembusan dari mulut

BREATHING
- Jika mangsa tak bernafas, berikan 2 hembusan pernafasan dari mulut ke mulut. Jika dada tak naik posisikan semula kepala mangsa.
- Pastikan hidung dipicit semasa membuat hembusan dan lepaskan picitan ketika selang hembusan.
- Periksa nadi mangsa dengan meletakkan 2 jari pada nadi karotid selama 5 saat.

CIRCULATION
- Jika tiada nadi mulakan tekanan di atas dada dengan menggunakan kedua-dua tangan. Kekuatan tekanan adalah melalui bahu.

RECOVERY POSITION
- Jika mangsa tersedar atau menunjukkan tanda-tanda pernafasan telah pulih, alihkan mangsa pada posisi pemulihan.

BANTUAN PERNAFASAN (BAYI)
- 20 kali dalam seminit.
- 1 hembusan setiap 3 saat.

KADAR TEKANAN DADA (BAYI)
- 30 tekanan 2 hembusan.
- 5 pusingan 1 kitaran.
- 150 tekanan 10 hembusan.
- 1/3 inci hingga ½ inci kedalaman tekanan
- Kaedah 2 jari.

No comments: